Bagan Pinang: Nak Bela Melayu Konon..Habis Tanah Melayu di N9 Disondol.

Berita Harian 18 Julai 2009
REMBAU: "Kami hanya mahu ganti rugi yang setimpal berdasarkan nilai harta sebenar. Jangan aniaya kami hanya kerana kami orang kampung," kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Tanah Adat Rembau, Chik Tak Datuk Amat.
Beliau mewakili penduduk Kampung Waris Tebat, Kampung Chua Hilir dan Kampung Chembong Halt yang tidak berpuas hati dengan bayaran pampasan berhubung pengambilan tanah adat mereka untuk projek pembinaan landasan kereta api elektrik berkembar Seremban-Gemas bernilai RM3.45 bilion.
Chik Tak mendakwa, bayaran pampasan yang dinilai oleh jurunilai tanah pihak berkuasa tidak munasabah kerana terlalu rendah sehingga 50 peratus di bawah penilaian yang dibuat oleh jurunilai yang dilantik pemilik tanah.
"Bayaran RM1.20 hingga RM2.80 kaki persegi yang dibayar atas pengambilan tanah kami belum cukup untuk mendirikan rumah baru. Jadi, kami berharap penilaian semula tanah dapat dibuat bagi memberi keadilan kepada orang kampung," dakwanya. selanjutnya
0 comments:
Post a Comment