Isyarat ahli mahu perubahan - Abdullah
KEPALA BATAS 10 Okt. - Keputusan mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA hari ini memberi isyarat jelas bahawa para perwakilan yang membawa suara ahli di peringkat akar umbi mahu supaya pucuk pimpinan parti itu dibentuk semula.
Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, hakikat itu jelas apabila keputusan EGM tidak memihak sama ada kepada Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat atau bekas timbalannya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.
Sehubungan itu katanya, Jawatankuasa Pusat MCA perlu membuat keputusan segera untuk memulihkan parti tersebut termasuk menimbang supaya diadakan semula proses pemilihan.
"Isu kredibiliti terhadap kepimpinan dalam hal ini menjadi fakta yang sangat penting bagi sesuatu keputusan itu hendak dibuat.
"Saya percaya, proses pemilihan semula adalah jalan terbaik tetapi ia perlu dilakukan segera bagi mengelak lebih banyak pertikaian," katanya kepada pemberita selepas meraikan kira-kira 300 veteran UMNO pada majlis sempena Aidilfitri di sini hari ini.
EGM MCA yang berlangsung hari hari ini meluluskan resolusi undi tidak percaya kepada Tee Keat dan membatalkan keputusan Majlis Presiden untuk memecat Soi Lek serta menolak usul agar beliau dilantik semula sebagai Timbalan Presiden parti.
Abdullah berkata, perkara paling kritikal pada masa ini ialah Jawatankuasa Pusat MCA perlu membuat keputusan segera mengikut perlembagaan parti dan ia mestilah diterima baik oleh ahli.
"Bagi pihak yang terlibat, walaupun EGM ini mungkin menyentuh mereka, keputusan itu perlu diterima kerana jika tidak ia hanya akan menimbulkan lebih banyak masalah," katanya.
Ditanya sejauh mana perkembangan itu memberi kesan kepada Barisan Nasional (BN), Abdullah mengingatkan bahawa ia akan membawa kesan lebih buruk jika tidak ditangani segera mengikut saluran yang betul.
"Tentu sekali dalam keadaan ini, pelbagai andaian dan cadangan yang timbul dan macam-macam boleh berlaku. Sebab itu amat penting untuk Jawatankuasa Pusat bermesyuarat dan membuat keputusan segera," tambahnya.
Ditanya mengenai kewujudan parti baru, Makkal Sakti Malaysia yang dilihat menjadi saingan kepada MIC sebagai parti untuk masyarakat India, Abdullah berkata, apa yang penting ialah matlamat parti itu sendiri.
Menurut beliau, kewujudan banyak parti yang memperjuangkan sesuatu kaum tidak mendatangkan masalah jika mereka mempunyai matlamat yang sama untuk membantu dan membela rakyat.
"Ia juga bergantung kepada ahli-ahlinya, kalau mereka mempunyai niat yang ikhlas untuk membantu dan membela rakyat, maka parti mereka akan diterima oleh rakyat," ujarnya.

0 comments:
Post a Comment